ISIS Membangunkan Aplikasi Pemesejan Sendiri Bagi Mengelak Dikesan Pihak Berkuasa

ISIS Membangunkan Aplikasi Pemesejan Sendiri Bagi Mengelak Dikesan Pihak Berkuasa

Diterbitkan pada Jan 27, 2016 oleh .

Ancaman ISIS di negara kita bukan lagi sesuatu yang boleh lagi dipandang ringan. Beberapa minggu yang lalu mereka melakukan serangan bunuh diri di Indonesia yang mengakibatkan empat kematian. Pihak PDRM segera melakukan tugas mereka di Malaysia dan berjaya menangkap beberapa suspek pengganas sebelum mereka mampu melakukan serangan. Tindakan ini membawa kemarahan ISIS yang mengeluarkan video berbahasa Melayu mengajak orang Islam Nusantara supaya menyertai mereka membina sistem khalifah baru.

A;rawi-ISIS

Setiap pergerakan penyokong ISIS kini dipantau oleh pihak berkuasa. Ramai yang tertangkap di Malaysia kerana menunjukkan sokongan secara terbuka menerusi laman media sosial seperti Facebook. Selepas menyedari aktiviti mereka dikesan, mereka mula menggunakan aplikasi pemesejan Telegram. Aplikasi ini juga mula diragui keselamatannya oleh ISIS. Oleh itu kini timbul laporan mereka sudahpun mengeluarkan aplikasi pemesejan sulit mereka tersendiri dipanggil Alrawi untuk peranti Android. Mereka berharap dengan tiadanya pergantungan kepada pihak ketiga yang mungkin bekerjasama dengan pihak berkuasa, Alrawi akan memudahkan mereka berhubung secara sulit. Aplikasi ini tidak boleh ditemui di Google Play sebaliknya fail APK dimuat turun dari laman yang dikelolakan ISIS. Berita baik disini ialah sistem penyulitan yang digunakan Alrawi tidak sebaik yang digunakan pada WhatsApp dan Telegram.


TIPS & ULASAN