Peranti berasaskan Android yang aktif didunia sedia melangkaui angka 1 bilion sebelum ini, dan hari ini, pihak Apple turut mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih daripada 1 bilion peranti Apple yang aktif di seluruh dunia.
Angka ini hadir daripada Apple berdasarkan kepada peranti seperti iPhone, iPad, Mac, Apple TV, Apple Watch dan juga iPod Touch yang berhubung dengan perkhidmatan mereka untuk tempoh 90 hari kebelakangan ini.
Tim Cook juga turut menekankan yang mereka akan mengalami jualan iPhone yang mendatar atau menurun untuk suku tahun akan datang, disamping turut mengatakan ramai pengguna peranti Android yang beralih ke peranti Apple.