Cari @ Amanz

Penggunaan notifikasi pada pelayar web telah meningkat popular sejak daripada tahun 2015 yang lepas. Terkini, Mozilla telah memperkenalkan Firefox 44 untuk pengguna desktop – dimana salah satu fungsi yang menjadi fokus utama adalah kebolehan untuk menghantar notifikasi.

Melalui sokongan menghantar notifikasi ini, Mozilla menekankan ia sangat berguna untuk beberapa laman web, terutamanya seperti penyedia emel, laman sosial, laman jual-beli dan beberapa yang lain. Berbeza dengan notifikasi web, melalui sokongan baru ini, ia membolehkan sesuatu web menghantar notifikasi walaupun anda tidak membukanya pada sebarang tab.

Bersama-sama dengan Firefox 44 juga, pihak Mozilla menyertakan pelbagai sokongan dan kemaskini sekuriti semasa kepada para pengguna.

Bagi anda yang menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini untuk menikmati beberapa sokongan terbaru yang disertakan disamping memastikan pelayaran web anda kekal selamat sentiasa menggunakan Firefox.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd