LG Akan Hadir Dengan Dua Telefon Pintar Utama Pada Tahun 2016 Ini
LG

LG Akan Hadir Dengan Dua Telefon Pintar Utama Pada Tahun 2016 Ini

Diterbitkan pada Jan 27, 2016 oleh .

LG boleh dikatakan mempunyai beberapa penawaran peranti pintar yang menarik – namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah mereka tidak memberikan fokus kepada pasaran Malaysia. Peranti mereka sama ada tidak memasuki pasaran tempatan, ataupun mengambil masa yang lama sebelum diperkenalkan.

LG G4

Pada tahun 2015 yang lepas, LG hanya menjual sekitar 59.7 juta telefon pintar sahaja – memperlihatkan peningkatan yang sangat sedikit berbanding tahun 2014.

Untuk tahun 2016 ini, bagi meningkatkan kembali jualan mereka, disamping meningkatkan keuntungan syarikat, LG mengatakan mereka akan hadir dengan dua model flagship. Konsep ini bukan sesuatu yang baru. Pelbagai jenama pengeluar mempunyai dua peranti flagship, malah LG sendiri mempunyai dua peranti utama untuk 2015 yang lepas, iaitu LG G4 dan juga LG V10.

LG G5 dijangka diperkenalkan seawal pada bulan Februari 2015 kelak ketika acara Mobile World Congress, dan mungkin lagi sati peranti flaghsip LG akan diperkenalkan pada suku ketiga atau ke-empat kelak.


TIPS & ULASAN