Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini telah menambah satu lagi peranti yang boleh diputarkan 360-darjah untuk penggunaan pelbagai mod, iaitu Acer Aspire R14. Komputer riba dengan skrin bersaiz 14-inci ini boleh didapati di pasaran tempatan pada harga bermula RM2899.

Menjadi fokus utama kepada peranti ini adalah kebolehan menggunakan ia pada pelbagai mod – termasuk sebagai komputer riba biasa, untuk menonton video, melipatnya dan menggunakan sebagai tablet, serta mod untuk pembentangan kepada pihak lain.

Acer Aspire R14

Komputer riba hibrid ini hadir dengan cip Intel Skylake untuk prestasi dan masa penggunaan yang lama, didatangkan dengan sokongan MU-MIMO untuk rangkaian, serta dilengkapi port USB 3.1 Type-C.

Acer turut mengatakan ia dilengkapi dengan teknologi audio Acer TrueHarmony Plus untuk menawarkan kualiti bunyi yang baik, selain skrin yang boleh melindungi mata daripada cepat penat ketika menggunakan komputer.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Acer Aspire R 14 ini daripada pengedar rasmi Acer seluruh negara.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd