Cari @ Amanz

Resident Evil ialah permainan survival horror yang sejak kebelakangan ini tidak lagi dianggap gah. Permainan terakhir yang menerima sambungan hangat dari peminat dan reaksi positif dari pengulas ialah Resident Evil 4 yang muncul 11 tahun yang lalu. Dengan RE 4, sistem permainan dengan kamera statik digantikan dengan dunia 3D sepenuhnya. Hasilnya ialah RE yang lebih mengarah kepada aksi pandangan ketiga dari sebuah permainan teka teki dengan elemen seram.

Umbrella Corps Resident Evil 1

Umbrella Corps ialah sebuah lagi permainan baru di dalam siri Resident Evil. Ianya sebuah permainan aksi tembak menembak pandangan ketiga seperti Gears of Wars. Keunikan permainan ini ialah di dalam mod multiplayer pemain boleh menentang pemain lain di dalam dunia kumpulan berlainan dan pada waktu yang sama peta dipenuhi dengan zombie yang boleh menyerang mereka. Terdapat juga mod permainan solo dengan jalan ceritanya tersendiri. Trailer terkini yang diperlihatkan mengembalikan pemain ke perkampungan Las Plagas dari Resident Evil 4. Turut diperlihatkan ialah peta tambahan yang mengembalikan pemain ke Kijuju dari Resident Evil 5. Harus diakui permainan ini kelihatan menarik. Ianya akan muncul pada platfrom PlayStation 4 dan PC pada Mei hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd