Aiwatch C5 – Klon Apple Watch Dengan Rekaan Muka Bulat

Aiwatch C5 – Klon Apple Watch Dengan Rekaan Muka Bulat

Diterbitkan pada Jan 27, 2016 oleh .

China ialah kilang dunia menggantikan Amerika Syarikat sebagai pengeluar barangan terbesar di dunia.Kepakaran mereka di dalam industri perkilangan turut menjadikannya negara terpantas menghasilkan klon barangan popular. Tidak ada benda di dunia yang tidak boleh diklon oleh pengeluar tanah besar China. Rekaan kereta berjenama Eropah boleh ditiru dan model buatan tempatan dihasilkan dengan harga yang jauh lebih rendah. Kedai Apple palsu juga tiada masalah untuk dibuka lengkap dengan kakitangan yang turut terpedaya mereka bekerja di bawah naungan Steve Jobs suatu ketika dahulu.

Aiwatch-C5-1

Hari ni kami akan paparkan Aiwatch C5, sebuah klon Apple Watch dengan rekaan muka berbentuk bulat. Terdapat beberapa spekulasi bahawa Apple Watch 2 akan mempunyai muka jam bulat seperti Samsung Gear S2 dan Motorola Moto 360. Aiwear syarikat yang berpangkalan di China ini nampaknya tidak menanti untuk Apple menggunakan rekaan ini dan terus menghasilkan klon mereka sendiri. Rekaan tali, butang home dan digital crown Apple Watch digunakan semula pada tubuh jam tangan bulat ini. Ia turut dilengkapi barometer, pedometer dan pengesan nadi. Spesifikasi penuh dan sistem operasi penuh tidak diketahui setakat ini. Ianya boleh dipesan pada harga $89.90 (~RM 382) seutas dengan tiga pilihan gaya iaitu Fashion, Sports dan Deluxe.

Aiwatch-C5-2


TIPS & ULASAN