Cari @ Amanz

Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang terkenal sebagai angkasawan pertama Malaysia, hari ini mengumumkan penyertaan beliau dalam arena e-dagang melalui perkhidmatan yang dinamakan sebagai Aladdin. Secara ringkasnya, Aladdin ini bakal menawarkan perkhidmatan dan penawaran yang lebih kurang sama seperti Amazon dan Alibaba, tetapi memfokuskan kepada produk-produk halal.

Aladdin Street

Aladdin akan beroperasi di lebih kurang 30 buah negara, dan ia akan memerlukan para penjualnya mempunyai pengesahan halal daripada Jakim atau yang seumpamanya.

Dr Sheikh Muszaphar mengatakan mereka ingin menjadi sebesar Amazon dan Alibaba pada suatu hari kelak. Menggunakan platform Aladdin, ia membolehkan para peniaga untuk mengakses ke lebih 30 pasaran lain dengan mudah dan memasarkan produk halal mereka.

Untuk operasi bagi tiga tahun akan datang ini, Aladdin dijangka memakan kos sebanyak $100 juta. Laman Aladdin Street telah pun aktif dan membolehkan para peniaga yang berminat untuk pendaftaran minat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd