Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai aplikasi permesejan di pasaran pada hari ini, dan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada kebanyakkan peranti Android tetapi tidak digunakan secara menyeluruh oleh ramai pengguna adalah Google Hangouts.

Walaupun tidak mempunyai ramai pengguna tegar, pihak Google tidak melupakannya, dan sering memperkenalkan kemaskini baru dari hari ke hari. Terkini, mereka telah mula memperkenalkan Google Hangouts 7.0 untuk Android.

Google Hangouts

Pada Google Hangouts 7.0, salah satu ciri baru yang hadir adalah Quick Reply, dimana setiap mesej yang diterima anda ketika berada di luar aplikasi Hangouts akan dipaparkan dalam bentuk pop-up pada bahagian atas, dan pengguna boleh membalasnya serta-merta tanpa perlu membuka aplikasi berkenaan.

Fungsi ini hanya beroperasi apabila anda mempunyai hanya satu mesej sahaja, dan tidak membuka aplikasi Hangouts pada latar.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Google bermula hari ini untuk para pengguna peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd