FourSquare merupakan salah satu laman sosial yang popular pada suatu ketika dahulu, digunakan ramai untuk daftar masuk ke sesuatu lokasi, mengumpulkan lencana ganjaran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, selepas dibahagikan kepada dua aplikasi, populariti FourSquare kian merudum dari hari ke hari.
Kini, FourSquare telah menjadi salah satu laman yang memfokuskan kepada perancangan percutian atau perancangan ke sesuatu destinasi – dimana pengguna boleh melihat pelbagai lokasi menarik berkaitan dan membaca komen rakan-rakan berkaitan dengannya.
Bergerak ke hadapan, kini FourSquare turut memperkenalkan sebuah halaman khusus dinamakan sebagai Trip Tips.
Melalui Trip Tips, anda boleh membuat pertanyaan terbuka kepada rakan-rakan anda untuk memberikan tips untuk ke sesuatu lokasi. Sebagai contoh, anda boleh mengatakan anda ingin ke “Melaka”, dan meminta rakan-rakan anda mencadangkan lokasi dan tips yang sesuai ketika ke sana.
Buat masa ini, ia hanya ditawarkan dalam bentuk web, dan sebaik sahaja anda menambah lokasi dan beberapa info tambahan, sebuah halaman khusus untuknya akan dicipta.
Anda seterusnya boleh berkongsikan halaman berkenaan di laman sosial untuk membolehkan rakan-rakan anda memberikan input berkaitan.
- Layari : FourSquare Trip Tips