Cari @ Amanz

Hari ini, sejumlah pengguna peranti Mac dan juga iPhone menghadapi masalah untuk menggunakan pelayar web yang hadir terbina pada peranti Apple, iaitu Safari. Ini disebabkan oleh salah satu pepijat yang melibatkan kepada fungsi cadangan yang hadir terbina untuk pelayar web berkenaan.

Safari Suggestions

Melalui fungsi cadangan ini, ia memberikan cadangan kata kunci carian ketika anda sedang menaip pada bar alamat – yang mana memudahkan anda untuk membuat carian atau ke sesuatu laman web.

Buat masa ini, sekiranya anda menghadapi masalah ketika menggunakan pelayar web Safari di iPhone, anda boleh ke halaman tetapan iPhone, pilih Safari, dan nyah-aktifkan “Search Engine Suggestions”.

Pihak Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan masalah yang dihadapi sejumlah pengguna peranti Mac dan iOS, buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd