Cari @ Amanz

Majlis Perbandaran Ampang Jaya kini telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna telefon pintar, memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran tiket parkir terus melalui telefon pintar mereka.

MPAJ

Pada hari ini, ia agak sukar untuk membuat pembayaran tiket parkir – apatah lagi lokasi untuk membeli kuponnya agak terhad, dan terdapat beberapa penjual yang tidak menjual kupon secara individu.

Dengan adanya aplikasi ini, ia bakal memudahkan perkara berkenaan. Aplikasi sama juga turut akan dilengkapi sokongan notifikasi untuk membolehkan pengguna tahu bila mana tempoh mereka akan tamat – dan pengguna boleh tambah-nilai tiket parkir terus tanpa perlu berlari ke kenderaan mereka kembali.

Ujian permulaan untuk aplikasi ini akan dimulakan sekitar lokasi Ampang Point sebelum ia mula diperkenalkan secara meluas kelak pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd