Carian
Pelayar Web Google Chrome Untuk iOS Kini Lebih Pantas Dan Stabil
January 28, 2016 Aman

Hari ini, Google tleah memperkenalkan kemaskini baru untuk pelayar web Chrome untuk iOS, dimana kemaskini kali ini lebih memfokuskan kepada kestabilan dan kepantasan yang ditawarkan oleh Chrome pada iPhone dan iPad.

Google Chrome LogoUntuk menjayakan perkara berkenaan, Google kini menggunakan enjin WKWebView daripada Apple – iaitu enjin yang sama digunakan pada pelayar web terbina di iOS. Menggunakannya juga, Google mengatakan kini jumlah masa Chrome gagal berfungsi dikurangkan sebanyak 70% berbanding sebelumnya.

Bagi menikmati kemaskini baru ini, pengguna iPhone, iPad atau iPod Touch boleh memuat-turun pelayar web Chrome atau mengemaskini pemasangan anda, dan mula menikmati pelbagai pembaharuan yang dibawakan olehnya.

Komen