Carian
TYLT VÜ Pulse – Kerangka Membawa Fungsi Imbasan Nadi Untuk Pebble Time
January 28, 2016 Effi Saharudin

Pebble Time ialah antara jam tangan pintar yang mampu milik di pasaran sekarang. Ia juga antara yang terawal menyokong peranti pintar dengan sistem operasi di selain Android dan iOS. Harganya adalah lebih mampu milik kerana tidak mempunyai pengimbas nadi terbina. Tetapi sekiranya anda memerlukan pengimbas nadi, kini muncul aksesori kerangka tambahan yang mampu memberikan fungsi ini kepada Pebble Time anda.

tylt-vu-pulse-2

TYLT VÜ Pulse ialah kerangka yang mampu mengesan nadi setiap 10 saat ataupun 30 minit bergantung kepada keperluan pengguna. Kerangka ini tidak berapa besar dan memastikan rekaan Pebble Time yang kecil dikekalkan apabila dipakai di pergelangan tangan. Selain fungsi imbasan nadi, VÜ Pulse juga memberikan kemampuan pengecasan tanpa wayar kepada jam tangan pintar ini. Hanya sistem pengecasan Qi disokong buat masa ini. Harga jualan kerangka ini hanya $39 (~RM 165) sebuah dan memastikan anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan fungsi tambahan yang wujud pada jam tangan pintar lain yang dijual pada harga lebih premium.

tylt-vu-pulse 1

Komen