Apple Bakal Memperkenalkan iPad Air 3, iPhone 5se Dan Model Baru Apple Watch Pada Pertengahan Mac

Apple Bakal Memperkenalkan iPad Air 3, iPhone 5se Dan Model Baru Apple Watch Pada Pertengahan Mac

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, info-info berkenaan dengan iPhone 5se telah mula tertiris ke arena web, dan dikatakan akan diperkenalkan pada pertengahan Mac 2016 kelak. Nampaknya, selain daripada telefon pintar bersaiz 4-inci berkenaan, Apple juga dijangka memperkenalkan iPad Air 3 baru, disamping variasi model baru Apple Watch.

Apple Watch

iPad Air 3 kelak akan mengekalkan skrin bersaiz 9.7-inci dan membawakan kemaskini kepada tablet bersaiz berkenaan sejak daripada Oktober 2014 yang lepas.

Tablet baru ini dijangka menawarkan kualiti audio yang lebih baik, disamping rakaman gambar pada keadaan cahaya rendah yang baik. Apple turut dikatakan sedang menguji skrin 9.7-inci dengan sokongan Apple Pencil – iaitu stylus daripada pihak Apple yang telah diperkenalkan untuk iPad Pro sebelum ini.

Disamping tablet, Apple turut dijangka memperkenalkan beberapa model baru Apple Watch – yang mana memfokuskan lebih kepada penawaran warna dan pilihan baru untuk tali jam tangan pintar, serta hadir dengan sistem operasi baru bersama-sama dengannya.

Apple dijangka menjadualkan acara media mereka untuk mengumumkan peranti baru ini sekitar pertengahan Mac 2016 ini.


TIPS & ULASAN