Carian
Ini Ialah Senarai Permainan Percuma Februari Untuk PlayStation Plus
January 28, 2016 Effi Saharudin

Playstation-Plus-Februari-2016

Bulan Februari semakin hampir dan hampir sukar dipercayai bulan pertama 2016 berlalu dengan sangat pantas. Sepantas kelajuan internet 4G di beberapa kawasan terpilih di sekitar ibu kota. Dengan kedatangan Februari, senarai permainan percuma yang boleh dimuat turun pemegang akaun PlayStation Plus diumumkan oleh Sony hari ini. Antara yang mencuri perhatian ialah Helldivers: Democracy Strikes Back, permainan indie ini boleh dimuat turun pada platform PlayStation 4, PlayStation 3 dan PlayStation Vita. Kepada peminat permainan perlumbaan kereta pula, Grid Autosport boleh dimuat turun pada platfrom PlayStation 3. Nampaknya pilihan permainan percuma untuk PlayStation 4 bulan ini agak mengecewakan. Sila muat turun permainan-permainan di bawah sebelum penghujunbg bulan bagi memastikannya kekal di dalam koleksi peribadi anda.

  • Nom Nom Galaxy, PS4
  • Grid Autosport, PS3
  • Persona 4 Arena Ultimax, PS3
  • Helldivers: Democracy Strikes Back , PS4, PS3, PS Vita
  • Nova-111, PS Vita
  • Persona 4 Arena Ultimax, PS3
  • Lemmings Touch, PS Vita
Komen