Oracle Akan Menamatkan Pemalam Java Untuk Pelayar Web

Oracle Akan Menamatkan Pemalam Java Untuk Pelayar Web

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

OracleDengan dunia web yang berkembang pesat dan menggunakan pelbagai teknologi baru, terkini Oracle mengumumkan mereka akan menghentikan penawaran pemalam Java untuk pelayar web. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai pelayar web moden tidak menggunakannya, malah pelayar web peranti mudah-alih tidak memerlukannya.

Oracle mengatakan mereka akan menamatkan ia pada versi Java seterusnya yang akan dikeluarkan pada 22 September 2016 kelak.

Oracle meminta pembangun untuk beralih ke teknologi atau pilihan alternatif sebagai contoh daripada menggunakan Java Applets yang bergantung kepada pemalam pelayar web, pembangun boleh menggunakan Java Web Start.

Dengan pelbagai masalah sekuriti yang dikaitkan dengan pemalam Java, langkah ini mungkin adalah lebih baik – sekaligus mengurangkan sumber penggunaan syarikat berkenaan sendiri.


TIPS & ULASAN