Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan siri Galaxy A 2016 untuk pasaran tempatan, sekaligus membawa peranti berspesifikasi pertengahan mereka dengan penawaran premium ke pasaran tempatan. Dibawah keluarga Galaxy A 2016, sebanyak tiga variasi ditawarkan iaitu Galaxy A7 bersaiz 5.5-inci, Galaxy A5 bersaiz 5.2-inci dan juga Galaxy A3 bersaiz 4.7-inci.

Galaxy A7 2016

Galaxy A7 2016 menawarkan spesifikasi yang paling tinggi antara ketiga-tiganya, dimana ia hadir dijana menggunakan cip lapan teras 1.6Ghz, memori 3GB RAM, dan dilengkapi pengimbas cap jari. Telefon pintar berasaskan Android 5.1 ini turut dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel yang menyertakan penstabilan imej optikal, dan kamera hadapan 5-megapixel. Kedua-duanya menggunakan lensa F/1.9. Galaxy A7 2016 menggunakan bateri berkapasiti 3300mAh dengan pengecasan pantas.

Galaxy A5 2016

Galaxy A5 2016 pula menggunakan skrin sedikit kecil berbanding A7, dilengkapi cip pemprosesan sama, tetapi memori 2GB RAM. Ia menggunakan kamera yang sama, dan turut dilengkapi sokongan pengimbas cap jari.Ia menggunakan bateri berkapasiti 2900mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Galaxy A3 2016

Galaxy A3 2016 pula menggunakan skrin 4.7-inci, dilengkapi cip empat teras 1.5Ghz, memori 1.5GB RAM, dan menggunakan kamera belakang 13-megapixel (tanpa OIS) dan kamera hadapan 5-megapixel. eranti ini merupakan versi asas dan tidak menyertakan sokongan pengimbas cap jari. Galaxy A3 2016 menggunakan bateri 2300mAh tanpa pengecasan pantas.

Kesemuanya menyertakan sokongan dwi-SIM, dan kecuali Galaxy A3 2016 menggunakan SIM berbentuk hibrid.

Keluarga peranti Galaxy A 2016 ini akan ditawarkan bermula hari ini. Galaxy A7 2016 berharga RM1899, Galaxy A5 2016 berharga RM1599 dan Galaxy A3 pula berharga RM1299. Samsung Malaysia juga menawarkan kad mikro-SD 32GB secara percuma untuk setiap peranti yang dibeli untuk tempoh promosi awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd