TM P1 Akan Menggunakan Infrastruktur Celcom Untuk Perkhidmatan Mudah-Alih

TM P1 Akan Menggunakan Infrastruktur Celcom Untuk Perkhidmatan Mudah-Alih

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

Telekom Malaysia dan P1 hari ini telah pun mengumumkan kerjasama strategik bersama pihak Celcom untuk perkongsian infrastruktur. Pengumuman baru ini membawa kerjasama Celcom dan TM setapak kehadapan lagi berbanding apa yang telah diumumkan ketika tahun 2011 yang lepas.

Melalui kerjasama baru ini, kedua-dua pihak akan berkongsi infrastuktur untuk akses Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), TM Next-Gen Backhaul (NGBH) dan juga perkhidmatan perayauan domestik.

TM P1

Seperti ramai sedia maklum, dengan kerjasama pihak Celcom dan Telekom Malaysia ini, ia membolehkan Celcom menawarkan akses jalur-lebar tetap kepada pelanggan perniagaan – selain menaik-taraf rangkaian 4G LTE mereka menggunakan TM Next-Gen Backhaul.

Salah satu perkara yang menarik perhatian pada pengumuman kali ini adalah pengumuman kerjasama P1 dengan Celcom untuk perkhidmatan perayauan domestik.

TM telah mengambil-alih pegangan majoriti pada P1 sebelum ini, dan ia sedang dibangunkan sebagai penyedia perkhidmatan mudah-alih dibawah TM Group. Kerjasama dengan Celcom ini mengukuhkan lagi persediaan pihak P1 dalam memperkenalkan perkhidmatan mudah-alih mereka pada tahun ini.

Kerjasama ini membolehkan pelanggan perkhidmatan mudah-alih P1 kelak kekal berhubung dimana-mana mereka ada memandangkan ia akan bergantung kepada liputan menyeluruh Celcom yang sedia terdapat di Malaysia.

Telekom Malaysia dijangka memperkenalkan perkhidmatan mudah-alih P1 ini pada pertengahan pertama 2016 ini.


TIPS & ULASAN