Carian
Oppo R7 Lite Dan Oppo R1x Ditawarkan Pada Harga RM998 Untuk Tempoh Terhad
January 28, 2016 Aman

Oppo Malaysia hari ini telah memulakan promosi khusus untuk dua peranti mereka, iaitu Oppo R1x dan juga Oppo R7 Lite. Kedua-dua peranti ini kini diawarkan pada harga RM998 melalui kedai jualan atas-talian rasmi Oppo – bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Oppo CNY

Oppo R1x merupakan salah satu peranti Oppo yang membawakan rekaan yang sedikit unik pada kerangka belakang, dimana ia memaparkan warna berbeza mengikut pancaran cahaya. Oppo R1x menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 615, dan memori 2GB RAM. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel.

Oppo R7 Lite pula merupakan peranti berspesifikasi rendah daripada keluarga Oppo R7. Turut menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti Oppo R1x, tetapi dengan rekaan yang sedikit berbeza.

Oppo R7 Lite telah dijual pada harga RM1298 sebelum ini, sementara Oppo R1x pula adalah berharga RM1198. Kedua-duanya dijual pada harga sama iaitu RM998 untuk tempoh promosi ini. Harga ini hanya khusus untuk pembelian melalui Oppo Online Store sahaja.

Komen