Facebook Kini Mempunyai Lebih 1.59 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Facebook Kini Mempunyai Lebih 1.59 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

Facebook sebagai laman sosial terkemuka dunia, terus menambah angka pengguna aktif mereka dari bulan ke bulan. Terkini, ketika pengumuman kewangan mereka yang terbaru, Facebook mengatakan platform mereka digunakan oleh lebih daripada 1.59 bilion pengguna secara aktif setiap bulan.

Facebook 2015

Menariknya, kini Facebook turut berkongsi angka pengguna aktif mereka setiap hari, dimana pada suku terakhir 2015 yang lepas, Facebook mempunyai angka pengguna aktif setiap hari mencapai 1.038 bilion.

Pada platform mereka juga, lebih 100 juta jam video ditonton setiap hari, dan terdapat lebih kurang 80 juta pengguna yang menggunakan Facebook melalui Facebook Lite.

Dua lagi platform yang dimiliki oleh Facebook turut mempunyai angka pengguna yang tinggi – iaitu WhatsApp dengan 900 juta pengguna aktif setiap bulan, dan Instagram pula mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif setiap bulan.


TIPS & ULASAN