Google Kini Memudahkan Anda Mengenali Bunyi Binatang

Google Kini Memudahkan Anda Mengenali Bunyi Binatang

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

Menjadi salah satu visi Google untuk memudahkan akses maklumat dan informasi oleh para pengguna. Google pada enjin carian mereka sedia menggunakan paparan berbentuk cards dalam memudahkan penyampaian sesuatu informasi dengan mudah, dan terkini, menambah kepada informasi berkenaan adalah akses kepada bunyi-bunyi binatang.

Google Bunyi Binatang

Kini, anda boleh membuat carian di enjin carian Google untuk mengenali bunyi sesuatu binatang. Anda hanya perlu menggunakan arahan “What does the say”, dan Google akan memaparkan sebuah card yang boleh memainkan bunyi.

Buat masa ini, hanya sekitar 19 bunyi binatang sahaja yang disokong – termasuk kucing, lembu, anjing, itik, harimau, zebra, babi, dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh menggunakan peranti Android atau iOS, dan membuat carian suara menggunakannya untuk mengetahui bunyi sesuatu binatang.


TIPS & ULASAN