Oppo Bakal Memperlihatkan Teknologi Kuasa Dan Inovasi Kamera Pada MWC 2016

Oppo Bakal Memperlihatkan Teknologi Kuasa Dan Inovasi Kamera Pada MWC 2016

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

Oppo MWC 2016Oppo pada awal tahun ini telah memperkenalkan keluarga peranti baru dinamakan Oppo F1 yang memfokuskan kepada selfie. Selain daripadanya, hari ini Oppo turut mengumumkan mereka akan hadir ke acara Mobile World Congress 2016 kelak. Pada acara berkenaan, Oppo bakal memperlihatkan inovasi mereka dalam arena kamera telefon pintar, dan pada masa yang sama mempertontonkan penyelesaian kuasa mereka untuk peranti mudah-alih.

Dalam teknologi kuasa untuk peranti mudah-alih, Oppo sedia memenangi pelbagai pihak lain dalam penawaran pengecasan pantas VOOC. Ia tidak diketahui lagi apakah yang akan dipertontonkan oleh Oppo kelak dalam arena yang sama.

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo sebelum ini telah hadir dengan sokongan seperti kamera boleh putar, fungsi Beautify dan sebagainya, disamping penawaran mod khusus seperti RAW, makro dan lain-lain pada rakaman kamera belakang mereka.

Berkemungkinan pihak Oppo akan memperkenalkan teknologi dan inovasi baru mereka ini bersama-sama sebuah peranti baru.


TIPS & ULASAN