Facebook Reactions Yang Menawarkan Pilihan Tambahan Selain Like Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Facebook Reactions Yang Menawarkan Pilihan Tambahan Selain Like Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 28, 2016 oleh .

Pada tahun lepas, Mark Zuckerberg telah memperlihatkan Facebook Reactions, yang mana membolehkan pengguna memperlihatkan reaksi mereka terhadap sesuatu perkongsian dengan memilih emoji yang bersesuaian selain daripada hanya Like semata-mata. Kini, ia dikongsikan fungsi berkenaann akan diperkenalkan pada peringkat global tidak lama lagi.

Facebook Reactions

Melalui Facebook Reactions, enam emoji disediakan untuk dipilih berdasarkan sentimen, termasuk marah, sedih, ketawa, suka (love), wow, dan yay. Ia berfungsi dengan pengguna menekan butang Like untuk seketika, dan ia akan memaparkan pilihan emoji tambahan untuknya.

Facebook Reactions

Penggunaan butang Like sering disalah-ertikan oleh beberapa pengguna, dan ia sering menjadi persoalan adakah pengguna perlu memilihnya apabila rakan mereka berkongsi berita yang sedih. Dengan angka pengguna aktif harian yang melangkaui 1 bilion, mungkin hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak Facebook, dan pengenalan penggunaan emoji ini dijangka akan mengatasinya.


TIPS & ULASAN