Carian
ICAO Menyarankan Pengharaman Kargo Bateri Li-ion Di Dalam Pesawat
January 29, 2016 Effi Saharudin

Bateri jenis Li-ion ialah jenis bateri boleh dicas semula yang paling popular di dunia sekarang. Masalah utama bateri Li-ion ialah ianya mudah terbakar apabila berlaku kebocoran dan dihentak dengan kuat. Bahaya bateri Li-ion ini hanya mula diambil serius selepas berlaku kebocoran pada bateri pesawat Boeing Dreamliner dan juga pada papan apung yang sedang popular sekarang. International Civilian Aviation Organisation (ICAO), badan di bawah PBB yang bertanggungjawab menetapkan standard keselamatan pengangkutan awam kini menyarankan bateri Li-ion diharamkan dari di bawa sebagai kargo di dalam pesawat.

Bateri LiOn IMAG0026

Tahun lalu 30% penghantaran kargo bateri Li-ion dilakukan menggunakan pesawat. Bateri Li-ion yang sensitif terhadap kepanasan mudah terbakar dan merebak dengan pantas. Sejak 2006, tiga buah pesawat telah musnah akibat kebakaran yang dimulakan oleh bateri Li-ion mengakibatkan kematian empat orang juruterbang. ICAO akan melakukan undian bulan hadapan bagi mengharamkan Li-ion dari ruangan kargo. Buat masa ini mereka menerima tentangan dari syarikat penerbangan kargo. Yang penting bagi kita sebagai penumpang ialah keselamatan. Diharap pewartaan pengharaman dapat dilakukan segera sebelum tragedi tragis berlaku di masa hadapan.

Komen