Uber Memperluaskan Penawaran Ke Ipoh

Uber Memperluaskan Penawaran Ke Ipoh

Diterbitkan pada Jan 29, 2016 oleh .

Operasi Uber di Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengguna, walaupun menerima tentangan daripada pelbagai pemandu teksi seluruh negara. Uber pada hari ini beroperasi di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam, dan terkini mereka turut mencuba perkhidmatan mereka di Ipoh.

Uber Ipoh

Untuk tempoh percubaan, Uber akan menawarkan perkhidmatan mereka daripada 1 hingga 28 Februari 2016 kelak. Pengenalan perkhidmatan ini di Ipoh selari dengan musim cuti, membolehkan ramai pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut ketika balik ke kampung halaman di Ipoh.

Untuk Uber di sana, caj asas adalah RM1.50, dan caj tambahan dikira berdasarkan gabungan minit dan kilometer perjalanan – iaitu masing-masing RM0.20 dan RM0.60.


TIPS & ULASAN