Apple Akan Menyertakan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar Untuk iPhone Dan iPad Seawal 2017

Apple Akan Menyertakan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar Untuk iPhone Dan iPad Seawal 2017

Diterbitkan pada Jan 29, 2016 oleh .

Beberapa pengeluar peranti pada hari ini telah menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar – yang mana memudahkan pengguna membuat pengecasan peranti mereka. Kini, Apple dikatakan mungkin menyertakan sokongan sama pada peranti mereka seawal tahun 2017 kelak.
Apple iPhone 6S

Apple dikatakan sedang membangunkan teknologi pengecasan tanpa wayar yang membolehkan pengguna mengecas telefon pintar pada suatu jarak yang ditetapkan daripada pengecas. Beberapa perkara teknikal berkaitan dengannya masih sedang dikaji – termasuk kadar kehilangan tenaga ketika pemindahan.

Sekiranya berlaku kehilangan tenaga ketika pemindahan, ini akan membuatkan masa yang lebih lama diperlukan untuk mengecas dan pengguna mungkin akan lebih selesa menggunakan kabel seperti sedia ada.

Sebelum ini, Apple telah mempatenkan konsep menggunakan iMac sebagai hab pengecasan tanpa wayar untuk peranti pada jarak sehingga 1 meter – sekaligus memudahkan anda membuat pengecasan peranti ketika menggunakan komputer. Apple juga sedia menggunakan teknologi induksi untuk membuat pengecasan pada Apple Watch.

Dengan perkembangan arena pengecasan tanpa-wayar, mungkin kita akan melihat suatu perkara yang menarik dipertontonkan Apple untuk peranti mereka – berkemungkinan seawal 2017.


TIPS & ULASAN