Waze Memulakan Ujian Penggunaan Antaramuka Baru Pada Android

Waze Memulakan Ujian Penggunaan Antaramuka Baru Pada Android

Diterbitkan pada Jan 29, 2016 oleh .

Waze pada tahun lepas telah memperkenalkan penggunaan antaramuka dan rekabentuk aplikasi yang baru pada iPhone. Terkini, pada minggu ini, mereka turut telah memulakan ujian antaramuka baru pada Android dalam bentuk alfa, memperlihatkan ia akan dilancarkan kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

Waze Android

Waze dengan antaramuka baru ini ingin memudahkan lagi pengguna menggunakannya ketika bernavigasi. Versi baru ini memaparkan penggunaan ikon yang lebih menyerlah, serta memudahkan pengguna membuat laporan berkaitan sesuatu masalah di atas jalan.

Pihak Waze masih tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran dan kini lebih kepada menerima maklumbalas pengguna untuk aplikasi Android baru mereka ini.

Waze Android


TIPS & ULASAN