Cari @ Amanz

Kemelut membabitkan Uber dan Grab nampaknya mula menunjukkan akan berakhir dengan pengumuman oleh Datuk Abdul Aziz Kaprawi, timbalan Menteri Pengangkutan Hari ini. Mereka diarahkan untuk mengambil insurans kenderaan komersial untuk terus beroperasi di negara ini. Permintaan mereka menggunakan lesen insurans kenderaan komersial ialah antara permintaan oleh persatuan pemandu teksi Malaysia di dalam demo anti perkhidmatan perkongsian kereta mereka hujung tahun lalu.

UberX KL

Selain insurans kenderaan komersial, pemandu Uber dan Grab turut perlu melakukan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM. Pada waktu yang sama kerajaan menimbangkan untuk menurunkan kos pemeriksaan kenderaan yang kini berharga RM50. Kenderaan komersial juga mungkin hanya perlu melakukan pemeriksaan setahun sekali berbanding dua kali setahun seperti yang diperlukan sekarang. Penguatkuasaan lesen insurans kenderaan komersial untuk Uber dan Grab yang akan dilakukan hujung tahun ini sementara menanti maklum balas orang ramai yang sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diharap selepas ini tidak akan berlaku lagi kejadian pemandu teksi melakukan penangkapan pemandu Uber secara peribadi dan merosakkan kenderaan yang dikatakan mengganggu periuk nasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd