Cari @ Amanz

Digi hari ini hadir dengan penawaran pelan baru mereka untuk tempoh terhad – iaitu sehingga 29 Februari 2016 kelak. Pelan yang dinamakan sebagai Digi SmartPlan 75 ini menawarkan penggunaan data sebanyak 7GB sebulan dan panggilan tanpa had untuk hanya RM75 sebulan.

Digi Smartplan 75Untuk SMS pula, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap SMS, dan penambahan kuota internet pada harga RM8 satu GB.

Penawaran pihak Digi ini boleh dikatakan antara yang menarik di pasaran – apatah lagi ia turut hadir dengan penawaran iFlix percuma selama 12 bulan, dan penawaran Digi Music Freedom.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian melalui laman rasmi Digi hari ini, ataupun ke pengedar rasmi Digi dan membuat peralihan ke pelan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd