TiketBola – Membolehkan Anda Membeli Tiket Perlawanan Bola Sepak Terus Atas-Talian

TiketBola – Membolehkan Anda Membeli Tiket Perlawanan Bola Sepak Terus Atas-Talian

Diterbitkan pada Jan 29, 2016 oleh .

Adakalanya ia agak sukar untuk mendapatkan tiket perlawanan bola sepak, dimana kadang-kala peminat tidak dapat menghadirkan diri ke tempat jualan, ataupun ia disalah-gunakan oleh ulat tiket. Mengatasi masalah ini, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna adalah sebuah platform atas-talian dinamakan TiketBola.

Menggunakan TiketBola, pengguna boleh membuat pembelian untuk perlawanan bolasepak tempatan terus melaluinya.

TiketBola

Pada hari ini, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), dan Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) menggunakannya. Menggunakan platform TiketBola, PBSNT menawarkan sistem tanpa tiket, sementara KFA dan PAFA mengimplementasikan kaedah sistem penebusan tiket.

Pengguna hanya perlu membuat pembelian dan menebusnya di kaunter khas untuk tujuan sistem penebusan tiket. Sementara untuk sistem tanpa tiket pula, pengguna boleh membelinya dan memasuki stadium dengan hanya mengimbas kod QR sahaja.

Dengan permulaan penggunaan platform baru ini, kita mungkin akan dapat melihat ia diimplementasikan dengan lebih menyeluruh di beberapa negeri lain pada masa akan datang, dan mengatasi masalah ulat-tiket.

Layari : TiketBola


TIPS & ULASAN