Adakah Samsung Galaxy S7 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Adakah Samsung Galaxy S7 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Diterbitkan pada Jan 30, 2016 oleh .

Pada bulan Februari 2016 akan datang ini, salah satu peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah Galaxy S7. Beberapa info telah tertiris sebelum ini, dan hari ini, @evleaks turut berkongsi gambar yang dikatakan sebagai Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Samsung Galaxy S7

Daripada rekaan yang diperlihatkan, ia memperlihatkan elemen rekaan seumpama Galaxy S6. Ia dikatakan Galaxy S7 akan hadir dengan sokongan kalis air, mikro-SD dan menawarkan bateri yang bersaiz lebih besar.

Mengikut spesifikasi yang tertiris, ia dikatakan mungkin hadir dengan memori 4GB RAM, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 820 ataupun menggunakan cip Exynos keluaran Samsung tersendiri.

Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka sehari dua sebelum acara Mobile World Congress 2016 kelak.

Samsung Galaxy S7


TIPS & ULASAN