Samsung Galaxy View – Tablet Bersaiz 18.4-inci Kini Di Malaysia, Berharga RM2699

Samsung Galaxy View – Tablet Bersaiz 18.4-inci Kini Di Malaysia, Berharga RM2699

Diterbitkan pada Jan 30, 2016 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan Galaxy View, sebuah tablet memfokuskan untuk pengguna menikmati media dan video pada skrin bersaiz besar. Kini, tablet bersaiz besar berkenaan turut telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy View

Samsung Galaxy View menggunakan skrin bersaiz 18.4-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan memori 2GB RAM, dan dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 1.6Ghz, dan turut menyertakan sokongan pembesar suara berkualiti tinggi (4Wx2). Tablet ini dilengkapi dengan kebolehan memainkan video selama 8-jam lamanya.

Rekabentuk Galaxy View ini juga sedikit berbeza, menyertakan pemegang khusus untuk memudahkan tablet bersaiz 18.4-inci ini dibawa kemana-mana, selain kemudahan untuk mendirikan ia untuk digunakan sebagai sebuah “televisyen mudah-alih”.

Di Malaysia, Galaxy View ditawarkan pada harga RM2699, dan setiap pembelian hadir dengan sebuah kerangka khusus berharga RM199 secara percuma.


TIPS & ULASAN