Beberapa Peranti Android Menggunakan Cip MediaTek Terdedah Kepada Serangan Pengodam

Beberapa Peranti Android Menggunakan Cip MediaTek Terdedah Kepada Serangan Pengodam

Diterbitkan pada Jan 31, 2016 oleh .

MediaTek merupakan salah satu pengeluar cip terkemuka, dan cip mereka bukan sahaja digunakan pada peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan, tetapi juga pada peranti berspesifikasi tinggi. Terkini, pihak MediaTek mengesahkan yang mana beberapa peranti Android menjalankan Android 4.4 KitKat terdedah kepada sebuah kerentanan yang membuka ruangan kepada serangan.

MediaTek

Ia dikatakan melalui kerentanan ini, ia membolehkan sesuatu aplikasi, atau pengodam mengaktifkan akses root – yang mana seterusnya membolehkan data pengguna diakses tanpa pengetahuan mereka, atau memantau komunikasi pengguna.

Kerentanan ini dilaporkan berpunca daripada fungsi debug untuk ujian telekomunikasi, yang mana pengeluar tidak nyah-aktifkan ketika mengeluarkan produk akhir mereka. Ia dikatakan terdapat beberapa pengeluar peranti yang tidak nyah-aktifkan fungsi berkenaan – dan masalah ini tidak melibatkan kesemua peranti menggunakan cip MediaTek.

MediaTek tidak mengeluarkan info berkaitan model-model peranti yang terlibat buat masa ini, tetapi mengatakan mereka telah memberitahu akan mengenai hal kerentanan ini kepada pengeluar peranti yang terlibat.


TIPS & ULASAN