Telefon Selular Rasmi Hello Kitty Kini Dijual Di Jepun

Telefon Selular Rasmi Hello Kitty Kini Dijual Di Jepun

Diterbitkan pada Jan 31, 2016 oleh .

Watak Hello Kitty dikenali seluruh dunia kerana kecomelannya. Pada tahun 2014, jenama kucing tanpa mulut ini dianggarkan bernilai $7 Billion. Sekiranya anda berminat anda boleh membeli patung, alat solek, bantal, busana dan bagasi berjenama Hello Kitty. Bagi melengkapi koleksi, anda kini juga boleh membeli telefon selular rasmi Hello Kitty.

Hello-Kirtty-Phone-2

Peranti ini adalah dari jenis boleh lipat dan di dalam posisi tertutup kelihatan seperti sebuah patung Hello Kitty. Ianya bukan sebuah peranti pintar dan hanya menyokong rangkaian 3G. Ia dilengkapi skrin berwarna sebesar 1.24″ dengan resolusi 240 x 240 pixel. Ianya hanya dijual di Jepun pada harga 12000 Yen (~RM 400) sebuah.

Hello-Kirtty-Phone-1


TIPS & ULASAN