Cari @ Amanz

Netflix menerima pujian dan langganan yang tinggi dikalangan pengguna, salah satu sebabnya adalah kerana mereka mempunyai penerbitan kandungan tersendiri yang tidak boleh didapati di luar platform mereka. iFlix turut akan memulakan perkara sama pada tahun ini, dan kini ia dilaporkan Apple turut sedang melihat kepada perkara yang serupa.

Apple TV

Menurut laporan baru, Apple dikatakan sedang melihat untuk menerbitkan rancangan televisyen mereka tersendiri untuk ditambah pada penawaran iTunes. Rancangan baru ini juga berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada penawaran pihak Apple untuk perkhidmatan langganan mereka yang dijangka ditawarkan melalui Apple TV.

Pihak Apple sebelum ini telah bertemu dengan beberapa penerbit untuk menawarkan kandungan mereka melalui platform Apple TV kelak. Apple telah dikatakan sedang dalam persiapan memperkenalkan perkhidmatan langganan video mereka sejak daripada setahun dua lepas.

Apple buat masa ini telah sedia mempunyai perkhidmatan langganan muzik tersendiri, dan tidak mustahil untuk mereka memperkenalkan perkhidmatan langganan video mereka – dan penerbitan rancangan mereka tersendiri dijangka akan memberikan lebih kelebihan berbanding yang lain.

Apple sebelum ini turut telah dikaitkan dengan minat untuk pengambil-alihan Time Warner, salah satu penerbit rancangan terkemuka di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd