Maxis Hadir Dengan mDrive Untuk Membantu Pemantauan Lokasi Semasa Kenderaan Anda

Maxis Hadir Dengan mDrive Untuk Membantu Pemantauan Lokasi Semasa Kenderaan Anda

Diterbitkan pada Feb 1, 2016 oleh .

Terdapat beberapa syarikat tempatan yang menawarkan kemudahan untuk memantau lokasi semasa kenderaan anda – atau terutamanya untuk perusahaan seperti memantau lokasi semasa trak, lori dan sebagainya. Kini, Maxis turut menyertai arena sama dengan sebuah perkhidmatan baru mereka dinamakan mDrive.

Maxis mDrive

Daripada laman rasmi Maxis mDrive, perkhidmatan ini dikatakan membolehkan pengguna mengetahui dan memantau lokasi semasa kenderaan, disamping boleh mengetahui kaedah pemanduan sesuatu kenderaan berkenaan dan turut melihat keadaan semasa kenderaan tersebut.

Untuk menggunakan Maxis mDrive ini, pengguna akan diperlukan untuk memasang sebuah peranti khusus pada kenderaan mereka, dan seterusnya membolehkan mereka memantau kenderaan berkenaan melalui aplikasi Android atau di iPhone.

Harga jualan dan pemasangan untuk Maxis mDrive ini tidak dinyatakan buat masa ini. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat untuk penggunaan sama ada sebagai individu ataupun untuk syarikat, dan pihak Maxis akan menghubungi anda untuk berkongsi lanjut mengenai mDrive ini.

Maxis mDrive

Layari : Maxis mDrive


TIPS & ULASAN