Samsung Malaysia hari ini telah menganjurkan acara tahunan mereka untuk rantau Asia Tenggara, iaitu Samsung SEA Forum. Melaluinya, pelbagai peranti dan produk baru Samsung telah diumumkan, dan salah satunya yang mencuri perhatian ramai adlaah peranti dua-dalam-satu terbaru Samsung, iaitu Galaxy TabPro S.
Samsung Galaxy TabPro S membawakan rekaan dua-dalam-satu, membolehkan ia digunakan sebagai sebuah tablet ataupun komputer riba. Ia dilengkapi dengan sistem operasi Windows 10 – berbeza dengan pelbagai peranti dibawah keluarga Galaxy lain yang sinonim dengan penggunaan sistem operasi Android.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 12-inci FHD dengan resolusi 2160×1440 pixel, cip pemprosesan Intel Core M, memori 4GB RAM, ruangan storan 128GB SSD, bateri bertahan sehingga 10 jam, dan turut dilengkapi kamera belakang dan hadapan 5-megapixel. Samsung turut menyertakan ruangan kad-SIM untuk menggunakan ia bersama-sama rangkaian LTE.
Harga jualan tempatan masih tidak diumumkan lagi. Samsung Malaysia mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan produk ini di Malaysia pada suku pertama 2016 ini.