Ketahui Pelan Pascabayar Terbaru Dari U Mobile Iaitu Hero+

Ketahui Pelan Pascabayar Terbaru Dari U Mobile Iaitu Hero+

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Seperti tahun 2016 baru sahaja bermula, kini kita sudah memasuki bulan Februari tahun ini. Apakah resolusi anda pada tahun ini ? Dalam keadaan ekonomi kini, mungkin terdapat pelbagai cara untuk anda melakukan penjimatan dan salah satunya termasuklah dalam menjimatkan perbelanjaan bil telefon anda. Terdapat satu tawaran pelan pascabayar dari U Mobile yang baru dilancarkan iaitu U Mobile Hero+.

Kita sentiasa tahu U Mobile popular dengan penawarannya untuk prabayar namun pelan pascabayar dari mereka turut menawarkan penjimatan yang pelbagai. Pelan pascabayar Hero+ direka bukan sahaja untuk memudahkan anda, malah memudahkan pasangan atau rakan anda berkongsi kuota data, melakukan panggilan tanpa had dan sebagainya. Pelan ini memerlukan pengguna pertamanya mendaftar untuk Hero+ P70, yang menawarkan kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 7GB dan panggilan tanpa had serta caj SMS yang berpatutan, dimana SMS pada rangkaian U Mobile hanya berharga 3 sen manakala ke rangkaian lain sebanyak 8 sen. Pengguna pertama juga akan menerima kuota data untuk perayauan antarabangsa percuma sebanyak 50MB untuk setiap hari. Untuk pengguna tambahan, pengguna pertama boleh mempunyai sehingga tiga pengguna tambahan.

screenshot_732

Untuk pengguna kedua, pengguna hanya perlu melanggan ‘Share 50’ pada harga RM 50 sebulan, dan menikmati kesemua tawaran yang sama diberikan pada pengguna pertama termasuklah panggilan tanpa had secara percuma.. Malah akan menerima tambahan 3GB yang boleh dikongsi dengan pengguna pertama, sekaligus menjadikan kuota data berjumlah 10GB yang boleh dinikmati kedua-dua pengguna. Dengan perkongsian ini, boleh dikatakan kedua pengguna hanya membelanjakan RM 60 untuk pelan pascabayar dengan panggilan tanpa had serta kuota data yang menguntungkan sebanyak 5GB setiap seorang.

Penjimatan yang diperoleh menerusi pelan pascabayar U Mobile Hero+ adalah lebih dari apa yang ditawarkan berbanding penawaran pelan syarikat telekomunikasi lain. Seperti contoh, pelan-pelan lain tidak menawarkan kuota data yang banyak seperti pelan Hero+, malah harga untuk memulakan pelan sebegini adalah mahal berbanding U Mobile. Sekiranya pengguna memerlukan kuota yang lebih rendah dengan perbelanjaan yang berkadaran, U Mobile turut menawarkan pelan P50 dengan kuota data 5GB pada kadar langganan RM 50 sebulan, manakala U28 dengan kuota data 3GB pada kadar RM 28 sebulan. Untuk kedua-dua pelan ini, pengguna boleh berkongsi dengan pengguna lain pada kadar RM 10 sebulan untuk talian kedua.

screenshot_733

Bagi melanggan pelan ini, pengguna juga boleh melakukan penukaran dari telco yang lain dengan mudah menerusi MNP (Mobile Number Portability) atau hadir ke cawangan kedai U Mobile berhampiran.

Daftar: Pelan Pascabayar U Mobile Hero+

Penafian: Advertorial dari U Mobile.


TIPS & ULASAN