Carian
Aplikasi mySamsung Diumumkan – Pusat Sehenti Untuk Pengurusan Peranti, Ganjaran Dan Tips
February 1, 2016 Aman

Samsung hari ini pada acara Samsung SEA Forum telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pasaran Asia Tenggara, iaitu mySamsung. Melaluinya, pihak Samsung mengintegrasikan beberapa perkara di dalam satu aplikasi sama, termasuk untuk pengurusan peranti, semakan jaminan, mendapatkan tips, melihat ganjaran dan beberapa yang lain.

mySamsung

Aplikasi mySamsung ini hadir dengan penggunaan dan penawaran yang ringkas untuk difahami. Pengguna akan dikehendaki untuk mendaftar masuk menggunakan akaun sosial, dan aplikasi berkenaan akan mengesan info berkenaan no siri dan IMEI peranti berkenaan secara automatik.

Melalui aplikasi mySamsung ini, pengguna boleh mengakses tips berguna untuk peranti Samsung anda, disamping turut menggunakannya untuk mengikuti pelbagai promosi khusus untuk anda. Pengguna turut disediakan dengan pautan pantas untuk membuat panggilan kepada khidmat pelanggan, selain turut boleh berinteraksi dengan pihak Samsung.

mySamsung

mySamsung

Aplikasi mySamsung ini akan hadir terbina pada peranti akan datang Samsung. Untuk pengguna sedia ada pula, aplikasi mySamsung ditawarkan untuk pengguna Galaxy Note 3, Galaxy Note 4, Galaxy Note 5, Samsung Galaxy S4, Galaxy S5 dan juga Galaxy S6.

mySamsung

Komen