Carian
Samsung Mengesahkan Acara Pengenalan Galaxy S7 Pada 21 Februari 2016
February 1, 2016 Aman

Samsung hari ini secara rasminya mengesahkan akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang dinantikan ramai pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2016 pertama yang dijadualkan pada 21 Februari 2016 kelak.

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S7 pada acara berkenaan, yang mana dikatakan akan menyertakan sokongan kalis air, integrasi sokongan mikro-SD dan masa penggunaan bateri yang lebih lama. Fungsi sedia ada seperti pengimbas cap jari dan pengecasan tanpa-wayar turut dijangka akan dikekalkan pada Galaxy S7 ini.

Melalui video promosi yang diperlihatkan Samsung, mereka turut memperlihatkan mungkin menyiarkannya dengan sokongan paparan realiti-maya.

Seperti sebelum-sebelum ini, Samsung akan turut menyiarkan acara pengumuman mereka melalui saluran YouTube secara langsung.

https://www.youtube.com/watch?v=3g3O94WALV8

Komen