Aplikasi HyppTV Akan Hadir Ke Samsung Smart TV Tidak Lama Lagi

Aplikasi HyppTV Akan Hadir Ke Samsung Smart TV Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 1, 2016 oleh .

Samsung hari ini telah memperkenalkan beberapa televisyen pintar baru mereka yang bakal dipasarkan sepanjang tahun ini. Bersama-sama pengenalan televisyen pintar mereka, Samsung turut mengatakan mereka dan Telekom Malaysia bakal memperkenalkan aplikasi HyppTV untuk Samsung Smart TV tidak lama lagi.

Samsung SmartTV

Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh Samsung mengenai pelancarannya buat masa ini. Melalui aplikasi HyppTV, ia akan membolehkan para pengguna untuk mengakses terus siaran televisyen atas-talian milik Telekom Malaysia berkenaan dengan mudah, dan menguruskannya dengan lebih efisyen.

Buat masa ini, Samsung Smart TV mempunyai lebih kurang 500 aplikasi buat masa ini, dan bercakap mengenai siaran televisyen atau akses video, salah satu aplikasi yang popular yang ditawarkan adalah Netflix.


TIPS & ULASAN