Cari @ Amanz

Telekom Malaysia telah memperkenalkan pakej UniFi Advance mereka pada tahun lepas dalam pilihan kelajuan muat-turun 30Mbps dan 50Mbps. Namun, ketika pengenalannya, TM menawarkan ia dengan kelajuan muat-naik – masing-masing 5Mbps dan 10Mbps, mengatakan ia memadai untuk pengguna umum seluruh negara.

Perkara berkenaan menerima kritikan ramai pengguna, apatah lagi dengan masa kini yang memerlukan kadar muat-naik yang lebih pantas untuk berkongsi kandungan, penstriman permainan dan pelbagai perkara lain.

TM UniFi Advance

Menyedari permintaan ramai, kini Telekom Malaysia dilihat menggandakan kadar muat-naik yang ditawarkan untuk pelan UniFi Advance mereka.

Kini, pelan UniFi Advance 30Mbps menawarkan kadar muat-naik 10Mbps, sementara UniFi Advance 50Mbps pula menawarkan kadar muat-naik 20Mbps.

Perubahan baru ini dilihat telah mula dipamerkan pada laman langganan UniFi Advance, dan masih mengekalkan harga langganan yang serupa. Ia tidak diketahui lagi sama ada pengguna sedia ada turut menerima naik-taraf yang sama ataupun sebaliknya.

Anda yang menggunakan UniFi Advance, adakah anda melihat penaik-tarafan kepada kadar muat-naik anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd