Cari @ Amanz

Pusat data sering mengeluarkan haba, dan memerlukan penyejuk untuk mengekalkan ia beroperasi dengan lancar. Pelbagai kaedah tenaga hijau digunakan dalam operasi pusat data, dan terkini Microsoft berkongsi kajian mereka dengan menguji pusat data pada dasar laut.

Project Natick

Dinamakan sebagai Project Natick, ia memfokuskan kepada penawaran pusat data pada kos rendah dan tidak memberikan impak yang besar kepada alam sekitar. Melalui ujian awal pihak Microsoft, ia dikatakan pusat data dibawah dasar laut ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan laut dan menghasilkan haba yang minima.

Microsoft masih membangunkan lagi projek ini, dan dikatakan sedang menguji dengan rekaan pusat data yang lebih besar dan inginkan sebuah pusat data yang boleh dikitar semula sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd