Cari @ Amanz

Aplikasi WhatsApp dan Gmail kini memasuki kumpulan eksklusif perkhidmatan yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 Billion pengguna aktif. WhatsApp mengumumkan pencapaian menakjubkan ini menerusi blog rasmi mereka manakala pengumuman Gmail dilakukan oleh Sundar Pichai ketika melaporkan keuntungan syarikat untuk penghujung suku ke-4 2015.

Whatsapp-Gmail-billion

Gmail ialah perkhidmatan ketujuh keluaran Google yang mencecah angka keramat ini. Selain Gmail perkhidmatan Search, Google Play, YouTube, Android, Chrome dan Maps turut mempunyai lebih dari 1 Billion pengguna aktif. WhatsApp pula ialah aplikasi kedua milik Facebook yang mencecah jumlah pengguna yang sama. Ini bermakna hampir satu dalam tujuh penduduk di muka bumi menggunakan 9 perkhidmatan yang disenaraikan di atas. Statistik menarik ialah Gmail mengambil masa hampir 12 tahun sebelum mencecah 1 Billion pengguna manakala WhatsApp hanya mengambil masa hampir enam tahun. Ini menunjukkan bagaimana di dalam dunia moden sekarang, aplikasi pemesejan lebih popular berbanding aplikasi emel “tradisional”. Bagaimana pula dengan anda? Aplikasi manakah yang lebih kerap anda gunakan setiap hari?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd