Cari @ Amanz

Selepas beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan pelan panggilan tanpa had pada harga rendah, kini Celcom turut hadir dengan pakej mereka tersendiri – menawarkan pelan panggilan dan SMS tanpa had kepada semua rangkaian pada langganan RM80 sebulan.

Celcom First Gold

Pelan ini turut hadir dengan penawaran internet sebanyak 10GB data – yang mana dibahagikan kepada 5GB data bulanan, dan 5GB penggunaan data ketika penghujung minggu (1.25GB pada setiap hari Sabtu dan Ahad).

Celcom turut menawarkan internet percuma 5GB melalui Celcom WiFiPlus, selain membolehkan pengguna membawa kuota data yang tidak digunakan ke bulan depan. Penawaran Yonder Music percuma seperti pelan Celcom lain turut ditawarkan melalui pelan ini.

Celcom First Gold

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd