Carian
Storan Awan Copy Dan CudaDrive Akan Ditamatkan Pada 1 Mei 2016
February 2, 2016 Aman

Terdapat beberapa perkhidmatan storan awan di pasaran hari ini, dan salah satu yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas adalah Copy. Copy telah memulakan perkhidmatan sekitar tahun 2013 yang lepas, dan ketika pengenalan mereka menawarkan ruangan storan awan percuma sebanyak 15GB.

Copy disokong oleh Barracuda Networks, yang mana merupakan salah satu syarikat storan dan teknologi terkemuka. Selain Copy, mereka juga menawarkan ruangan storan awan melalui CudaDrive.

Barracuda mengatakan mereka mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan ini dalam usaha memberikan fokus kepada inisiatif strategik yang lebih berbaloi.

Perkhidmatan Copy dan CudaDrive akan ditamatkan pada 1 Mei 2016 kelak, dan sekiranya anda ada menggunakan perkhidmatan berkenaan, anda mungkin sudah boleh memulakan memuat-turun data dan fail anda sebelum ia dipadam sepenuhnya.

Komen