BlackBerry Dilaporkan Ingin Memfokuskan Platform Android Sahaja – Selamat Tinggal BB10?

BlackBerry Dilaporkan Ingin Memfokuskan Platform Android Sahaja – Selamat Tinggal BB10?

Diterbitkan pada Feb 2, 2016 oleh .

CEO BlackBerry pada bulan lepas telah mengatakan akan hanya hadir dengan peranti berasaskan Android sahaja pada tahun ini, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai apakah nasib platform BlackBerry 10 yang mempunyai peminatnya dan penggunanya tersendiri.

BlackBerry Priv

Kini, ia dikatakan BlackBerry mungkin meninggalkan BB10 sepenuhnya, dan peranti BlackBerry Priv dikatakan peralihan pihak BlackBerry memasuki arena dan ekosistem Android.

Pengumuman ketiadaan peranti baru BlackBerry 10 sendiri dilihat mungkin telah memberikan gambaran untuk perkara ini – apatah lagi tahun ini merupakan salah satu tahun yang utama untuk BlackBerry bagi memperlihatkan sama ada mereka masih kekal kompetitif dalam arena telefon pintar atau ia hanya menghasilkan kerugiaan sahaja.

BlackBerry Priv telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung 2015 lepas, namun harga jualannya agak mahal membuatkan ramai yang tidak berkemampuan untuk membelinya.

BlackBerry dikatakan akan hadir dengan dua peranti Android pada harga sedikit rendah pada tahun ini, disamping mungkin memperkenalkan kemaskini untuk BB10 OS dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN