Shield 5 – Klip Video 15-saat Bersiri Yang Diterbitkan Eksklusif Pada Instagram

Shield 5 – Klip Video 15-saat Bersiri Yang Diterbitkan Eksklusif Pada Instagram

Diterbitkan pada Feb 2, 2016 oleh .

Shield 5Instagram merupakan salah satu platform sosial terkemuka yang membolehkan penerbitan video melaluinya. Kini, salah satu siri klip video 15-saat diterbitkan secara eksklusif melalui Instagram, dinamakan sebagai Shield 5.

Shield 5 akan diterbitkan dalam siri 28-bahagian yang dibahagikan kepada 15 saat setiap satu, dan diterbitkan setiap hari pada akaun Instagram @ShieldFive.

Shield 5 membawakan plot yang bermain sekitar seorang pemandu sekuriti, yang ditahan disebabkan oleh penglibatan dalam rompakan berlian. Walaubagaimanapun, untuk membersihkan nama kerana tidak melakukannya, beliau melarikan diri. Siri klip Instagram ini akan berkisarkan kepadanya, dan watak utama dimainkan oleh Christian Cooke.

Konsep siri video klip seumpama siri TV yang diterbitkan pada Instagram ini adalah sesuatu yang baru, dan tidak mustahil sekiranya ia menerima perhatian dan sokongan daripada ramai peminat seluruh dunia, lebih ramai yang mungkin menggunakan platform Instagram untuk tujuan yang lebih kurang sama.

A video posted by @shieldfive on


TIPS & ULASAN