Apple Mungkin Memperkenalkan iPhone 5se Dan iPad Air 3 Pada 15 Mac 2016

Apple Mungkin Memperkenalkan iPhone 5se Dan iPad Air 3 Pada 15 Mac 2016

Diterbitkan pada Feb 3, 2016 oleh .

Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Apple akan memperkenalkan beberapa produk baru mereka pada bulan Mac 2016, dan kini laporan baru hadir mengatakan Apple mungkin menjadualkan acara mereka tersebut pada 15 Mac 2016 kelak.

Apple dijangka memperkenalkan dua produk baru, iaitu iPhone 5se dan juga iPad Air 3, selain kemaskini kepada penawaran Apple Watch.

iPhone 5se akan menjadi telefon pintar terbaru daripada Apple bersaiz 4-inci, menawarkan kemaskini kepada keluarga iPhone 5s sebelum ini, tetapi turut hadir dengan pelbagai kemaskini termasuk dari segi penawaran kamera, dan rekaan yang mengambil sedikit elemen daripada iPhone 6s.

Disamping itu, Apple turut dijangka memperkenalkan tablet 9.7-inci terbaru mereka, iaitu iPad Air 3. Ia dijangka menawarkan sokongan speaker lebih baik – dan berkemungkinan menawarkan sokongan kerangka dengan papan kekunci seumpama iPad Pro.

Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini. Apple kebiasaannya mengeluarkan jemputan rasmi mereka sekitar beberapa minggu sebelum acara rasmi berkenaan diadakan.


TIPS & ULASAN